Thursday 16 May 2013

Bedak Arab Original VS Bedak Arab Tiruan


Untuk pengetahuan semua, bedak arab yg dijual di Dreamsisters Closet adalah original. Kami sangat mementingkan quality dan tidak akan sesekali menjual bedak arab tiruan kepada customer.

Kebanyakan bedak arab tiruan memang harga yg ditawarkan adalah sangat murah walaupun membeli hanya 1 unit. Ini kerana Bedak Arab Tiruan didatangkan dari China atau Made in China. Kesan pemakaian bedak arab tiruan ini akan mengakibatkan kulit muka menjadi rosak dan semakin teruk, sedangkan antara fungsi utama bedak arab yang original adalah mengecutkan jerawat.

Kami sertakan tips2 untuk dikongsi bersama bagaimana hendak membezakan BEDAK ARAB ORIGINAL dan BEDAK ARAB TIRUAN. Selain daripada pemantauan kami sendiri dengan produk yang kami supplykan, sumber2 lain adalah melalui rakan niaga yang lain.

Perhatikan ciri-ciri Bedak Arab iaitu:


~ WARNA BEKAS produk TIRUAN LEBIH CERAH daripada produk yang Original.
~ Terdapat code CN-+++ dibahagian bawah belakang kotak Bedak Arab yang palsu menandakan bedak tersebut Made In China
~ Terdapat Batch No. pada belakang kotak Bedak Arab yang Original. 
~ Bedak Arab Original merupakan teknologi dari Tokyo Jepun dan dikilangkan di Philipine (Made in Philipine)


TULISAN EMAS: Original adalah sangat jelas dan timbul (embossed) manakala yang Tiruan tulisan hanya bercetak.


~ Ketebalan & berat:
**Bedak Arab PALSU LEBIH NIPIS & RINGAN berbanding Bedak Arab Original.
**Tekstur Bedak Arab Original adalah lebih padat serta berbau harum. 



~ PERLU DIINGAT YE..kebanyakkan cust keliru dengan penggunaan stiker bertulisan arab ni..disini saya akan terangkan..
**tidak semestinya Bedak Arab yg tidak mempunyai sticker berlebal tulisan arab itu tiruan. Terdapat juga Bedak Arab yang Original yang dijual tidak mempunyai sticker berpelakat bertulisan arab.. (sebagai mana yang kita tahu..Bedak Arab Kokuryu juga turut dihasilkan/dikilangkan di Filipina menggunakan teknologi Jepun)
**yang sebetulnya.. Bedak Arab TIRUAN juga mempunyai sticker berlabel tulisan Arab tetapi STICKER PRINTED pada kotak..yang ORIGINAL berSTICKER PELEKAT.
~ Terdapat juga perbezaan tulisan emas pada depan dan tepi kotak:
**TIRUAN: TULISAN TAK TIMBUL
**ORIGINAL: TULISAN TIMBUL


~ Pemakaian dan sapuan:
**TIRUAN: perlu pakai banyak baru terserlah
**ORIGINAL: hanya sedikit sapuan dah memadai
~ Bau:
**TIRUAN: bau tak kuat
**ORIGINAL: baru buka kotak bau dah semerbak 

~ Tulisan bahagian belakang:
** TIRUAN: kurang embossed (timbul) & tidak kemas
ORIGINAL: embossed, kemas & teratur
 
 
Kami mempunyai beberapa supplier yang biasanya stok diambil direct daripada Mesir. Walaupun supplier berbeza, kami akan sentiasa memastikan produk yg kami dapat adalah Original dan berkualiti. Antara yang kami dapat samada bersticker Arab, ada Hologram G mahupun yang tiada sticker langsung tapi ianya tetap Original berdasarkan faktor2 yang kami terangkan diatas.

 
 
 
Begitu juga dengan Sponge Beauty Bedak Arab pun ada juga yang tiruan. Perbezaan yang sangat ketara adalah:


Warna pada packaging: Tiruan bewarna agak cerah dan pudar jika dibandingkan dengan Sponge yang Original.
Tekstur sponge pula: TIRUAN adalah kasar serta ringan dan terasa kosong manakala BeautySponge yang Original teksturnya sangat padat dan lembut.
 
Oleh itu, sentiasa pastikan yg anda dapat adalah yang Original ye untuk keduanya. :)
 





No comments:

Post a Comment